SAJAK SANG
GEMBALA KUDA OLEH MOHD HASHIM OTHMAN (ms: 13 – 14)
terima kasih muinmohsin, http://muinmohsein.blogspot.my
terima kasih muinmohsin, http://muinmohsein.blogspot.my
Sang Gembala Kuda
Dia lelaki
bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
MAKSUD SAJAK
Rangkap 1: Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah.
Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan
menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambal menghalau kuda-kuda
yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang.
Rangkap 2: Sementara itu, rumput dan
jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda
ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka
dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
Rangkap 3: Dengan kuasa yang ada padanya
dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan
yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dia
bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah
yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.
Rangkap 4: Sang gembala
kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya
tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu
mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu. Sang gembala kuda
hhanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang
kali tanpa rasa belas.
TEMA
Sajak
ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga
haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya. Berbekalkan
kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani, penjaga kuda Berjaya menakutkan
serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang. Penjaga kuda hanya mementingkan
diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan
nasib haiwan tunggangannya itu.
PERSOALAN
1. Kekuasaan mempengaruhi
gaya kepimpinan.
2. Ketegasan dalam
memimpin.
3. Penganiyaan terhadap
haiwan.
4. Kepatuhan menurut
pemerintah.
5. Keberaniaan menempuh
cabaran dan rintangan.
6. Kebijaksanaan mengeksploitasi
golongan yang lemah.
7. Pasrah dan reda akan
ketentuan Ilahi.
BENTUK SAJAK
1. Sajak
ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri
daripada empat rangkap.
3. Bilangan
barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris,
rangkap kedua ada lima baris, rangkap ketiga ada sebelas baris,
dan rangkap keempat ada lapan baris.
4. Jumlah patah
kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu
antara tiga hingga enam patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku
kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga
tiga belas suku kata.
6. Rima akhir
sajak ini bebas/tidak sama; abcdd, abcab, aabccadecc,
abaabacc.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN
BUNYI
1. Pemilihan
kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contohnya:
(a) Rembat
angkuhnya memacu takut – rangkap 1, baris 3
(b) Meredah
onak di rimba perburuan – rangkap 3, baris 5
2. Epifora. Contohnya,
perulangan kata ditunggangi – rangkap 4, baris 7 dan baris 8.
3. Repetisi atau perulangan.
Contohnya:
Ditunggangi dan ditunggangi – rangkap 4, baris
8.
4. Penggunaan metafora.
Contohnya:
(a) Rimba
perburuan
(b) Paya
penindasan
(c) Cemeti
durjana
5. Personifikasi.
Contohnya:
(a) Rembat
angkuhnya memacu takut – rangkap 1, baris 3
(b) Pacuannya
diiringi seribu keberanian – rangkap 3, baris 4
6. Hiperbola.
Contohnya:
Dimamah rakus kala lapar – rangkap 2,
baris 3
7. Sinkope. Contohnya:
Tak peduli nasib diri setelah kenyang – rangkap 2, baris 4
8. Inversi. Contohnya:
Dan kuda-kuda itu ditunggangi – rangkap 4,
baris 7
Sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan
9. Unsur
bunyi:
(a) Asonansi. (perulangan
bunyi vokal). Contohnya:
i. sesekali suaranya
lebih gempita
Dalam
contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal I sebanyak
tiga kali.
ii. menentang
semua kebobrokan
Dalam
contoh ini, terdapat perulangan bunyi vocal e sebanyak
tiga kali.
(b) Aliterasi. (perulangan
bunyi konsonan). Contohnya:
i. ditunggangi dan ditunggangi!
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan dsebanyak tiga kali.
ii. dia melampar muslihat
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan msebanyak dua kali.
NADA
Sajak ini bernada sinis. Nada
sinis sesuai dengan sajak “Sang Gembala Kuda” yang menyatakan sikap
mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hingga menganiayai
dan mengabaikan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.
NILAI
1. Nilai tanggungjawab. Contohnya,
penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan
dan minum secara baik.
2. Nilai keberanian. Contohnya,
penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu
menjaga kuda-kuda itu.
3. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya detika dia menghalau
kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4. Nilai kegigihan.
Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda
tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.
5. Nilai kepatuhan.
Contohnya, sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah
diberikan oleh ketua.
2. Kita mestilah berani
mengahadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
3. Kita perlulah gigih
berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat
dikecapi akhirnya.
4. Kita
sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi
keharmonian sesebuah organisasi.
5. Kita
hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas
dengan baik dan sempurna.
soalan saya ; siapakah aku di dalam sajak ?
BalasPadamSeorang yang menentang kebobrokan
PadamSang gembala kuda
Padam(penjaga kuda)pemimpin
PadamSang gembala kuda
PadamOk
Padamsang gembala kuda
PadamSeseorang pengembala kuda
PadamPada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk mengatasi penganiayan terhadap harian
PadamMembantu apa yang patut untuk dibuat.
Padamapakah peranan pelbagai pihak untuk mengatasi penaniayaan terhadap haiwan
PadamBleh tak jgan tnya soalan yg bijak sangat
PadamKalau bodoh Tak diterima zaman
PadamTanya sama pokok apa sebab goyang
PadamApakah maksud mengejar kehebatan
PadamPenjaga kuda
PadamPenulis
BalasPadamQuestion:Nyalakan sebab Sang Gembala Kuda dianggap sebagai lelaki yang mempunyai kuasa?
BalasPadamSebab dia adalah seorang lelaki yang ada kuasa
Padamkerana dia memegang cemeti apa tah
PadamSebab dia masuk avengers
PadamSbb dia berani mengarah kuda kudanya dgn hanYA menggunakan cemeti
PadamSamabl ke sambil yg maksud rangkap 1
BalasPadamSambil
PadamNilai murni?
BalasPadamyang dia tulis nilai tu
PadamAlahai tu db ada dpn mata
PadamTERIMA KASIH ATAS BLOG YANG BAGUS INI
BalasPadamthank you untuk ilmu yang dikongsikan ni, inshaallah semua boleh jwb tak kira la tahun bila pon kita ni 2019 ke 2020 ke....bak kata Sir Fathi yang mengajar di pusat tuition Math Clinic "doaku sentiasa bersammamu"... Amiinnn
BalasPadamTerima kasih menulis Blog ini kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yg diberi guru
BalasPadamThanks.... Cause I can finished my school homework very easier.... Again... Thanks a lot..
BalasPadamthank youuuuu !!!!! really helped me love yahh
BalasPadamI can't understand..... Pls write in full sentence.... But thanks for your notes... Bye.
BalasPadamSoalan; pada pendapat anda tentang sikap penjaga kuda gembala kuda dalam menjalankan tugas?
BalasPadamBagus
BalasPadamT.kasih atas perkongsian nota
BalasPadamterima kasih atas info
BalasPadamsungguh pantas dan cakep
BalasPadamSoalan ~pada pendapat anda, mengapakah seseorang penjaga kuda perlu memiliki sifat keberanian? Berikan tiga sebab anda. (tolong saya jawab tq guys)
BalasPadamapakah sifat sajak ni
BalasPadamApa maksud Kanun Janji Kesetiaan?
BalasPadamMcm lama sgt je tunggu jwpn
PadamPada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjaga haiwan ternakan supaya berada dalam keadaan baik?
BalasPadamMemberi makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan membersihkan tempat tinggal haiwan tersebut supaya haiwan sentiasa bersih dan sihat kerana kebanyakkan haiwan sakit dan mati disebabkan sampah sarap dikelilingi tempat tinggal haiwan tersebut..
PadamApakah dua latar belakang dan contohnya
BalasPadamApakah dua latar masyarakat yang terdapat dalam sajak ini
BalasPadamPada pendapat anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk mengatasi penganiayan terhadap harian.
BalasPadamApakah latar masyarakat nya??
BalasPadamPada pendapat anda, apakah cara yang paling sesuai untuk menegur sikap pemimpin seperti yang digambarkan dalam rangkap ketiga sajak ini?
BalasPadamapa maksud kanun janji ?
BalasPadamBagus cuma bukankaj tema hanya satu sahaja, ni ad dua kekuasaan dan penganiyaan
BalasPadamMaksud rangkai kata melampar muslihat
BalasPadam2 sifat sang gembala kuda ?
BalasPadamberani
Padambertanggungjawab
Kuda mengawan
BalasPadamapakah tindakan zalim yg kembala kuda lakukan
BalasPadamSiapa teacher M
BalasPadamTiga masalah yang akan berlaku jika penjaga kuda tidak memiliki sifat keberanian dan kecekalan?
BalasPadamApakah 2 lambang kekuasaan sang gembala kuda?
BalasPadammaksud rangkai kata tanpa menghitung kesakitannya
BalasPadamApakah maksud meredah onak di rimba perburuan?
BalasPadamPot
PadamQ:pada pendapat anda,apakah usaha-usaha
BalasPadamYang boleh di dijalankan oleh pihak
Sekolah untuk memupuk sifat
menyanyangi haiwan?
menwujudkan kelab persatuan menyayangi haiwan . Selain itu , mendedahkan murid murid tentang aktiviti penjagaan haiwan . Akhir sekali , pihak sekolah mengadakan lawatan untuk mutid murid tentang haiwan ii yang patit dilindungi .
Padammenerusi bahan 1, orang berkuasa
Padamkenapa sukan kuda kurang popular ?
BalasPadam-kos yuran mahal
Padam-tidak diberi pendedahan sejak kecil tentang sukan berkuda
-lebih gemar / biasa dengan sukan yang biasa seperti bola sepak
Mengapakah rangkai kata pacuannya diiringi seribu keberanian perlu ada pada diri sang Gembala kuda itu?
BalasPadamThanks for sharing
BalasPadamIzinkan copy paste
BalasPadamSPM OI SPM
BalasPadamJap lagi SPM oiiii
BalasPadamLol🤣
PadamGambaran alam yang terdapat dalam rangkap kedua sajak ialah
BalasPadamNyatakan pendapat anda tentang sikap lelaki gembala kuda dalam menjalankan tugasnya.
BalasPadamMama ku ada kata pada suatu letika awas datangnya seseorang...dia ada sakti bikin duniamu senang senang saja bergoncang
BalasPadamApa maksud kanun janji kesetiaan
BalasPadamSinis tu ape
Padamapa maksud tentang sang gembala kuda
BalasPadamApakah maksud berebutan memburu kandang?
BalasPadammenggapakah sang gembala kuda menggunakan cemeti??
BalasPadambodo
BalasPadammak kau hijau
BalasPadamKebaikan kebaikan yang akan dinikmati oleh rakyat jika diketuai oleh pemimpin yang baik dan bertanggungjawab
BalasPadamPada pendapat anda, apakah kelebihan menjadi seorang gembala kuda
BalasPadamApakah maksud rangkai Kata "Tanpa menghitung kesakitannya"
BalasPadam