Melunas Rindu
Hartini Hamzah
SINOPSIS
Bahagian 1
Fuad lewat pulang
ke rumah petang itu setelah sekian lama ke hutan untuk mencari kayu api.
Setibanya di rumah dia disapa Mak Salmah (Mak Mah) yang baru selesai solat
maghrib. Menyedari kelewatannya, setelah selesai bersolat maghrib dia terus
bergegas ke surau untuk solat isyak berjemaah. Seperti kebiasaannya juga
sebelum menunaikan solat isyak, Fuad mengambil kesempatan untuk membaca
al-Quran bergurukan Pak Mail. Selesai solat isyak Fuad menyedari Borhan suami
kepada Masnah tidak berjemaah bersama kerana anaknya Muhamad Alif demam. Tiba
di rumah Borhan, Fuad mengambil keputusan untuk menyewa kereta membawa Muhamad
Alif ke klinik. Sementara menunggu, Fuad mengambil kesempatan menuju ke bank
berdekatan bagi memastikan jumlah wang sebanyak dua ratus ribu ringgit yang
dilihatnya beberapa hari sebelum ini. Selesai menjelaskan bil klinik, Fuad
terus memandu pulang bersama Borhan beserta isteri dan anaknya. Setibanya di
rumah, Fuad masih terkenangkan jumlah wang yang dimasukkan oleh ayahnya ke
dalam akaunnya. Dalam hati, Fuad berterima kasih atas pemberian ayahnya itu.
Bahagian 2
Pada petang itu
Fuad meluangkan masa dengan menikmati keindahan pantai Batu Buruk. Sambil
menikmati keindahan pantai, Fuad melayan perasaannya apabila mengenangkan
bagaimana dia dapat mencari kedamaian dalam dirinya sebagai seorang Islam.
Masih lagi terbayang dalam fikirannya Mak Mah suatu ketika dulu membencinya
kerana dia dikatakan penyebab kematian Sofia .
Walhal dia hanya berniat membawa Sofia
berjumpa dengan ayah dan ibunya. Mujurlah ada Pak Ismail yang merupakan
satu-satunya tempat dia bergantung harap. Namun kesabaran Fuad membuatkan Mak
Salmah akhirnya dapat menerima hakikat kehilangan Sofia yang juga merupakan adik Fuad. Pada waktu
yang sama juga Fuad terbayangkan alangkah baiknya sekiranya Sofia masih hidup. Fuad tersedar dari
lamunannya apabila mendapati waktu hampir senja. Setelah sampai di rumah, Pak
Mail telahpun bersedia untuk ke surau. Balik sahaja dari surau Fuad menyatakan
hasratnya kepada Pak Ismail untuk membeli tanah milik Awang Sojar.
Bahagian 3
Fuad, Pak Ismail
dan Mak Mah mengusahakan tanah yang dibeli dari Awang Sojar. Fuad membeli tanah
tersebut bertujuan membantu dan membalas jasa Pak Mail dan Mak Mah yang telah
menjadikan dia dan Sofia
sebagai anak angkat. Selain itu, Fuad juga membelikan sebuah motosikal untuk
kemudahan Pak Mail dan Mak Salmah. Mak Salmah pernah terlantar di hospital
apabila mendapat berita kematian Sofia
walaupun hanya sebagai ibu angkat. Seminggu kemudian Pak Ismail dan Fuad
didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Abas. Sebenarnya
tujuan Abas yang juga merupakan guru penolong kanan Sekolah Menengah Seri Setia
adalah untuk meminta pertolongan Fuad mengajar Bahasa Inggeris di sekolah
tersebut. Tawaran tersebut dibuat kerana Fuad berkelulusan ijazah Pentadbiran
Perniagaan dari Amerika Syarikat. Fuad menerima tawaran tersebut sebagai guru
sandaran.
Bahagian 4
Fuad melaporkan
diri sebagai guru sandaran di Sekolah Manengah Seri Setia pada awal pagi. Cikgu
Abas sebagai guru penolong kanan memberi kepercayaan kepada Fuad untuk mengajar
Bahasa Inggeris tingkatan satu dan lima .
Di kantin, Fuad diperkenalkan kepada seorang guru yang juga ketua panitia
Bahasa Inggeris bernama Farhana. Farhana memberi taklimat ringkas kepada Fuad
tentang tugasnya sebagai guru Bahasa Inggeris. Fuad diberi tanggungjawab untuk
mengajar tiga kelas tingkatan lima
dan dua kelas tingkatan tiga. Jam dua petang Fuad bertolak pulang setelah tamat
sesi persekolahan.
Bahagian 5
Farhana
menyenaraikan program panitia untuk dibentangkan dalam mesyuarat nanti.
Seketika kemudian, Fuad menghampiri Farhana untuk memulangkan buku yang
dipinjamnya. Farhana mengambil kesempatan untuk meminta idea Fuad bagi memenuhi
slot program panitia tersebut. Program tersebut diberi nama program Personal
Guidance. Selesai perbincangan mereka, Fuad berpesan kepada Farhana supaya
mengambil jagung yang dibawanya dari rumah. Pada mulanya Farhana tidak percaya
tetapi akhirnya Fuad dapat meyakinkan Farhana. Setelah tamat mesyuarat pada
tengah hari tersebut, Farhana teringat pesanan Fuad supaya mengambil jagung
sebelum pulang. Farhana berasa kagum dengan sikap Fuad yang menghormati waktu
azan semasa mengagihkan jagung.
Bahagian 6
Fuad berjalan
menuju ke kantin setelah selesai mengajar lima
masa. Semasa di kantin dia sempat berbual dengan Cikgu Zamani tentang
pengajaran di sekolah. Setelah membayar minuman Fuad berjalan ke bilik guru dan
ternampak satu kertas kecil menyatakan bahawa ada seseorang ingin berjumpanya
di pintu pagar. Setibanya di pintu pagar sekolah, dia mendapati Chin sedang
menunggunya. Mereka berbual di kantin sekolah. Chin menyatakan tujuannya
berjumpa dengan Fuad adalah kerana amanah Robert Lim iaitu ayah Fuad untuk
bertanya khabar tentangnya. Selain itu, Chin juga mewakili Robert Lim untuk
memastikan Fuad menerima duit yang dimasukkan ke dalam akaunnya. Di saat itu,
Fuad menyedari bahawa dia masih belum boleh memaafkan ayahnya. Dia juga
memberitahu Chin bahawa apabila tiba masa yang sesuai dia akan berjumpa dengan
ayahnya, Robert Lim. Akhir perbualan mereka, Chin berpesan kepada Fuad supaya
mengunjungi ibu dan bapa saudaranya yang dianggap ibu dan bapa kandungnya di
Sungai Ruan. Di saat itu juga Fuad terkenangkan ibunya yang sudah meninggal
dunia. Sampai di rumah Fuad menyatakan hasratnya kepada Pak Ismail untuk
mencari kubur arwah ibunya di Sungai Ruan.
Bahagian 7
Fuad mengambil
kesempatan sempena cuti persekolahan untuk ke Sungai Ruan. Tujuannya adalah
untuk mencari kubur ibunya di samping mengunjungi ibu dan bapa saudaranya.
Dalam perjalanan Fuad sempat singgah di bazar yang menjual pakaian dan kraf
bercirikan Terengganu. Semasa membeli pakaian untuk adik, ibu dan bapanya Fuad
ternampak Farhana sedang berbaris untuk membeli tiket bas ke Kuantan. Fuad
mempelawa Farhana menumpangnya kerana mereka melalui perjalanan yang sama.
Dalam perjalanan mereka berbual-bual tentang latar belakang masing-masing. Jam
empat petang mereka sampai di Taman Tas, Kuantan iaitu rumah Farhana. Farhana
memperkenalkan Fuad kepada ibu serta empat orang adiknya.
Bahagian 8
Di Sungai Ruan,
suasana muram menyelubungi isi rumah keluarga Peter Lim. Semenjak Peter Lim
terlantar sakit akibat demam, isterinya Swee Lan yang menjaga makan minum serta
kebajikan anak-anaknya. Tetapi semenjak ketiadaan Fuad, Peter Lim tidak lalu
makan atau minum. Mujurlah Robert Lim yang merupakan adik suaminya memberi
bantuan kewangan. Swee Lan hanya menorah getah dan dengan hasil pekerjaannya
itulah digunakan untuk menampung semua perbelanjaan. Ketibaan kereta Fuad di
hadapan rumah Swee Lan menyedarkannya daripada terus mengelamun. Kehadiran Fuad
disambut dengan tangisan oleh ibu saudaranya itu. Bapa saudaranya iaitu Peter
Lim juga telah lalu makan dan minum setelah disuap oleh Fuad. Fuad berjanji
menanggung segala perbelanjaan persekolahan Mei Lin, Ah Soh dan Guan. Keesokan
harinya Fuad bertanyakan Peter Lim dan Swee Lan tentang ibunya. Ibu dan bapa
saudaranya menceritakan serba sedikit tentang ibunya. Mereka juga menyatakan bahawa
Ah Sok iaitu peneroka Lembah Klau yang melarikan Fuad semasa kecil. Kematian
ibunya iaitu Mariana dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana bimbang
difitnah. Fuad juga dimaklumkan bahawa ibunya mempunyai seorang kakak. Sewaktu
di surau, Fuad telah berkenalan dengan seorang lelaki dalam lingkungan umur lima puluhan dikenali
sebagai Pak Said. Pak Said bersetuju untuk menemani Fuad ke Lembah Klau untuk
mencari kubur ibunya pada keesokan harinya.
Bahagian 9
Di rumah Farhana,
sehari sebelum Fuad ke Lembah Klau, Farhana masih menantikan panggilan telefon
daripada Fuad. Sambil menunggu panggilan daripada Fuad, Farhana sempat melayan
perasaannya. Farhana teringat semasa dia masih belajar dalam bidang pendidikan
Bahasa Inggeris di London dulu. Dalam masa yang sama Farhana terkenang pula
perkenalannya dengan Fuad. Fuad banyak memberi dorongan kepadanya sebagai
pendidik. Perasaannya terganggu dengan teguran ibunya supaya menunaikan solat
dengan segera. Ibunya juga cuba mengagak status hubungan Farhana dengan Fuad.
Selang beberapa ketika kemudian ibu Farhana pula terkenangkan arwah suaminya
yang bekerja sebagai anggota polis. Kematian suaminya adalah disebabkan oleh
penyakit kanser usus. Farhana juga diberitahu ibunya bahawa rakannya Yati telah
bertunang.
Bahagian 10
Fuad menjemput
Pak Said untuk ke rumah Pak Ngah Lias di Felda Lembah Klau. Kereta yang dipandu
Fuad berhenti di sebuah kedai makan untuk bertanya arah. Fuad berasa lega
kerana Pak Ngah Lias yang dicarinya masih hidup. Ketika berada di rumah Pak Ngah
Lias, Pak Said menceritakan serba sedikit latar belakang Fuad kepada Pak Ngah
Lias. Pak Ngah Lias amat terkejut apabila mengetahui bahawa Fuad merupakan anak
kepada Robert Lim (nama Islamnya Roslan ). Pak Ngah Lias memberitahu bahawa
Seman telah memberikan nama Abdul Halim kepada Fuad dan setelah dua puluh tujuh
tahun barulah Fuad mengetahui nama sebenarnya. Berpuluh-puluh tahun Pak Ngah
Lias menyimpan misteri kehilangan Abdul Halim walaupun cuba dijejaknya beberapa
waktu selepas kematian Seman. Pak Ngah Lias mengatakan bahawa ibu Fuad iaitu
Mariana tinggal di Kuala Lipis bersama kakak angkatnya Mariah. Selepas waktu
Asar mereka bertolak ke Kuala Lipis untuk bertemu Mariah namun diberitahu
bahawa Mariah sudah lama berpindah. Fuad bertemu Pak Samsudin, jiran Mariah
dahulu dan mengetahui bahawa ibunya masih hidup. Fuad memberitahu hal tersebut
kepada Peter Lim dan swee Lan. Justeru, Swee Lan mencadangkan supaya Fuad
menemui bapanya di kuala Lumpur agar dapat membantu
mencari ibunya.
Peter Lim memberitahu Fuad bahawa bapanya masih menyimpan cincin yang telah
ditempah khas ketika perkahwinan mereka. Cincin itu telah diberikan kepada
Mariana dan satu lagi cincin disimpan oleh bapanya.
Bahagian 11
Suasana masih
hangar-bingar di blok C bangunan Sek.
Men. Seri Setia walaupun kelas lanjutan pada petang itu sudah lama berlangsung.
Cikgu Abas tidak berpuas hati kerana suasana hangar-bingar seperti itu kerap
kali berlaku semenjak program kelas lanjutan diadakan. Cikgu Abas juga begitu
menyukai Fuad yang merupakan seorang guru yang rajin walaupun hanya sebagai
guru sementara di sekolah itu. Sikap Fuad jauh berbeza dengan Cikgu Zamani yang
telah lama mengajar di sekolah tersebut. Tengah hari esoknya dalam mesyuarat
guru, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya kepada sebahagian guru yang tidak
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.
Bahagian 12
Fuad memberikan
kad ucapan hari lahir kepada Farhana dan mengajak Farhana keluar
berjalan-jalan. Pada pukul lima petang, Fuad menjemput Farhana di rumahnya.
Mereka berdua menaiki kereta mengelilingi pusat Bandar dan singgah di Restoran
Terapung di taman Syahbandar. Selepas itu Fuad mengajak Farhana pergi ke rumah
Pak Ismail dan Mak Salmah. Mereka makan malam dan solat Isyak berjemaah di
sana. Selepas itu, mereka meminta izin daripada Mak Salmah untuk berangkat
pulang. Sebelum masuk ke kereta, Farhana sempat dipeluk oleh Mak Salmah.
Bahagian 13
Dalam perjalanan
ke rumah Cikgu Zamani, dari kejauhan Fuad terdengar suara tetamu di rumahnya.
Namun Fuad kehairanan setelah mendapati hanya tiga tetamu yang berada dalam
rumah Cikgu Zamani iaitu Cikgu Amin, Cikgu Azli dan Cikgu Rosli. Selesai makan
Fuad menyedari agenda sebenar Cikgu Zamani menjemputnya adalah untuk
mempengaruhi Fuad menyertai jemaahnya. Walaubagaimanapun Fuad tidak memberi
sebarang keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya. Dalam perjalanan pulang,
Fuad terkenang akan Farhana. Dia berharap supaya Farhana dapat memberikan
kebahagiaan kepada Mak Salmah sebagaimana Sofia suatu masa dahulu.
Bahagian 14
Robert Lim melemparkan
beg bimbitnya ke atas sofa sebaik sahaja memasuki ruang tamu. Terlalu banyak
perkara yang merunsingkan fikirannya terutamanya berkaitan Mariana, ibu Fuad.
Kalau betul cerita yang disampaikan oleh Peter Lim tempoh hari bermakna kukuh
benarlah kenyataan bahawa Mariana masih hidup. Robert Lim meminta Chin
menemaninya ke Terengganu untuk berjumpa dengan Fuad. Robert Lim ingin
memberikan cincin dan gambar Mariana kepada Fuad. Tiga hari selepas itu, Robert
Lim dan Chin pun bertolak ke Terengganu. Pak Ismail dan Mak Salmah terkejut
dengan kedatangan Robert Lim. Namun, Robert Lim dan Chin tidak sempat berjumpa
dengan Fuad kerana Fuad pergi ke Kuantan. Robert Lim bercadang menemui Fuad di
Kuantan untuk memberikan cincin tersebut.
Bahagian 15
Sejak kebelakangan
ini, Farhana sering bertengkar dengan Cikgu Zamani hingga menimbulkan suasana
tidak selesa di bilik guru. Tiba sahaja di rumah, Fuad terus mandi dan
menunaikan solat Zuhur. Ketika itu Pak Ismail baru pulang dari sawah. Pak
Ismail dapat meneka ketidakceriaan di wajah Fuad. Setelah makan, Fuad
duduk-duduk di beranda rumah. Selalunya pada waktu begitu dia akan melelapkan
mata tetapi tidak pada hari itu. Akhirnya Fuad memutuskan untuk ke rumah
Borhan. Borhan sedang bersantai di luar rumah waktu Fuad tiba. Borhan gembira
menyambut kedatangan Fuad. Mereka berdua berbual-bual kosong. Namun, Borhan
dapat melihat kemuraman di wajah Fuad. Keresahan yang berpanjangan akhirnya
memaksa Fuad menghubungi Farhana namun Cikgu Zalifah memberitahu Farhana
menjaga ibunya yang sakit di hospital. Fuad mengambil keputusan untuk menemui
Farhana di Kuantan.
Bahagian 16
Kira-kira pukul
enam petang Fuad tiba di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Fuad menemui Farhana di kafetaria hospital.
Farhana terkejut dengan kehadiran Fuad. Sebenarnya Farhana tidak mahu
menyusahkan Fuad namun Fuad tetap ingin menemani Farhana menjaga ibunya di
hospital. Fuad menemui ibu Farhana dan bertanyakan keadaannya. Selepas itu Fuad
ke rumah farhana menemui adik-adik Farhana. Kedatangan Fuad disambut mesra oleh
adik-adik Farhana. Kemudian Fuad kembali ke hospital dan mendapati Farhana
sudah tidur di tepi katil ibunya. Fuad duduk termangu di hujung katil sambil
menanti kalau-kalau Farhana terjaga untuk diajak berbual. Ketika mundar-mandir
di hujung katil, Fuad terpandang kad rawatan ibu Farhana yang terletak di atas
meja dan tertulis nama Mariana Binti Osman. Fuad terkejut sambil matanya
memandang ibu Farhana yang terbaring di katil hospital itu. Timbul pelbagai
persoalan dalam hati Fuad yang memungkinkan Fuad mendapat petunjuk tentang
ibunya. Fuad bertanyakan Farhana berkaitan asal usul ibu Farhana. Farhana
memberitahu Fuad bahawa ibunya ada menyimpan sebuah kotak kecil yang menjadi
rahsia ibunya selama ini. Fuad dapat mengagak bahawa kotak tersebut pasti
berisi cincin. Tiba-tiba muncul Chin, Pak Ismail dan bapanya Robert Lim di
hospital itu. Fuad terus memeluk bapanya dan menjadikan Farhana agak
terpinga-pinga. Fuad bertanyakan berkaitan cincin tersebut dan Robert Lim
mengeluarkan cincin itu dari dalam poket bajunya. Fuad menceritakan satu per
satu penemuannya sambil dibantu oleh Farhana. Akhirnya semua persoalan telah
terjawab dan ternyata Farhana merupakan adik tiri Fuad. Farhana terkejut dengan
kenyataan yang dihadapinya dan dia menangis teresak-esak. Fuad memujuk Farhana
dan meminta Farhana reda dengan ketentuan Ilahi. Ternyata, ibu kandung Fuad
sudah berada di depan matanya.
Bahagian 17
Fuad dan Farhana
telah bersepakat untuk menyimpan terlebih dahulu rahsia yang baru terbongkar
daripada pengetahuan ibu mereka setelah mengambil kira keuzurannya. Fuad
menyatakan hajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran di Danau Seberang. Ibu dan
adik-adiknya akan dibawa sekali. Menjelang hari khamis ibunya dibenarkan keluar
dari hospital. Fuadlah yang menguruskan segala-galanya. Farhana masih lagi
kelihatan sedih atas ketentuan yang telah ditakdirkan antara dirinya dengan
Fuad. Kemurungan Farhana amat menggusarkan Fuad. Di sekolah, Fuad dan Farhana
ingin berjumpa dengan Cikgu Abas dan
Tuan Haji Samad namun Tuan Haji Samad tidak ada pada hari itu kerana
bermesyuarat di Kemaman. Cikgu Abas
terperanjat mendengar cerita daripada Fuad. Fuad meminta bantuan daripada Cikgu
Abas untuk memberitahu perkara tersebut kepada guru-guru lain. Hal ini amat
penting bagi Fuad untuk mengelakkan sebarang fitnah kerana
Farhana sudah
bersetuju untuk tinggal di rumah Pak Ismail. Justeru, Cikgu Abas berjanji akan
mengadakan mesyuarat tergempar pada hari itu juga khusus untuk menguar-uarkan
perihal Fuad dan Farhana. Fuad mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
di maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur manakala Cikgu Zamani juga akan
bertukar ke sekolah lain.
Bahagian 18
Mariana mengikut
kakak angkatnya Mariah ke Bentong iaitu kampung halaman Husin suami kepada
Mariah selepas sepuluh hari melahirkan Fuad. Di situ mereka sama-sama
mengusahakan kebun getah peninggalan orang tua Husin untuk menyambung
kehidupan. Husin berhenti kerja di Pejabat Tanah semata-mata kerana menurut
kemahuan Mariah yang ingin menyelamatkan masa depan Mariana. Mariana terkena
penyakit gila meroyan selepas bersalin dan anaknya dilarikan orang. Setelah
Seman meninggal dunia , hal kehilangan anak Mariana tidak dapat disembunyikan
lagi. Mariana ditinggalkan oleh Roslan menyebabkan hidupnya hilang arah.
Beberapa bulan selepas itu, Mariana berkahwin dengan Fakhrudin dan mereka
berpindah ke Pekan. Kemudian Fakhrudin
berpindah ke Kuantan. Sebelum meninggal dunia Fakhrudin membelikan Mariana dan
anak-anaknya sebuah rumah kos sederhana melalui pinjaman kerajaan. Mariana
bahagia sepanjang hidup bersama Fakhrudin sehingga dikurniakan lima orang
cahaya mata. Walau bagaimanapun, Mariana masih mengingati anaknya Abdul Halim.
Mariana begitu yakin bahawa Abdul Halim dipelihara oleh Peter Lim.
Bahagian 19
Fuad mengambil
kesempatan semasa cuti panjang persekolahan dengan membawa ibunya, Mak Salmah
dan Pak Ismail menunaikan umrah di Makkah. Pada mulanya agak sukar bagi Fuad
mendapatkan pelepasan untuk ibunya lantaran masalah kesihatan yang dihadapi
oleh ibunya. Akhirnya dia berjaya juga membawa ibunya menunaikan umrah dengan
syarat ibunya perlu dibawa berjumpa doctor hari sekali sepanjang sepuluh hari
berada di sana. Sebelum berlepas menaiki pesawat, Robert Lim datang menemui
Fuad dan ibunya. Robert Lim memandang wajah Mariana dengan perasaan bersalah
dalam dirinya. Robert Lim meminta Fuad menjaga ibunya dengan baik. Fuad dan
bapanya saling berpelukan sambil menahan sebak.
TEMA
Tema novel
Melunas Rindu mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi seorang anak muda dalam
usaha mencari identiti dirinya yang sebenar. Antara cabaran yang dihadapi ialah
Fuad masih tertanya-tanya tentang ibunya sama ada hidup atau mati. Kemarahan
Fuad terhadap ayahnya yang mengambil mudah tentang agama juga menyebabkan Fuad
tidak mahu berhubung dengan ayahnya.
PERSOALAN
i. Persoalan tanggungjawab sebagai seorang
pendidik
Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan
baik walaupun dia hanya guru sementara.
ii. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran
dalam kehidupan
Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu
kandungnya.
iii. Persoalan
kasih sayang sesama ahli keluarga.
Walaupun Fuad hanya anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun
mereka tetap menyayangi Fuad seperti anak kandung.
iv. Persoalan tentang kehilangan seseorang yang
disayangi amat memeritkan.
Contohnya
Mak Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia.
Fuad pula hilang tempat bermanja apabila dari kecil
lagi kehilangan ibu dan bapanya.
v. Persoalan perbezaan agama tidak akan
memutuskan pertalian darah.
Contohnya
walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa
saudaranya yang tidak seagama dengannya.
vi. Persoalan sifat keibuan melebihi
segala-galanya.
Contohnya
sifat keibuan yang ada pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat menerima
hakikat kematian Sofia. Selain itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim atau
Fuad yang hilang sejak kecil.
PLOT
Secara
keseluruhannya plot novel Melunas Rindu digarap mengikut kronologi. Terdapat
empat peringkat garapan plot iaitu:
i.
Permulaan
i.
Cerita bermula apabila Fuad tertanya-tanya siapa dirinya yang sebenar.
Pelbagai pertanyaan timbul dalam usaha mencari identiti dirinya. Pada bahagian
permulaan juga, penulis memperkenalkan beberapa watak yang mempunyai kaitan
dalam hidup Fuad seperti Farhana, Pak Ismail dan Mak Salmah, Chin, Peter Lim
dan Swee Lan serta Robert Lim. Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita pula
kebanyakannya di Terengganu.
ii.
Perkembangan
ii.
Cerita mula berkembang apabila Fuad mula ingin mengetahui status ibunya
sama ada masih hidup atau sebaliknya. Dalam pencarian tersebut, satu persatu
pertanyaan dalam diri Fuad terungkai. Antaranya ialah ayahnya iaitu Robert Lim
pernah memeluk agama Islam untuk mengahwini ibunya Mariana. Fuad juga mendapat
tahu bahawa nama sebenarnya adalah Abdul Halim bin Roslan.
iii.
Konflik
iii.
Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam
akaunnya tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya. Konflik
juga berlaku apabila Fuad mencintai adiknya sendiri iaitu Sofia dan Farhana.
Namun cintanya terpaksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia dan Farhana
adalah adiknya. Selain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah
menyayangi Fuad tetapi dalam masa yang sama membencinya kerana menganggap Fuad
merupakan punca Sofia meninggal dunia.
Klimaks
Fuad mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup. Selain itu, Pak Ismail
dan Mak Mah pula didatangi Robert Lim bertujuan untuk memberi cincin ibu Fuad
kepadanya. Fuad mendapat tahu bahawa ibu Farhana adalah ibunya juga. Kedatangan
Robert Lim ke hospital tempat ibu Farhana dirawat mengesahkan lagi bahawa
Mariana adalah ibu Fuad.
Peleraian
Di akhir cerita, Fuad menerima hakikat bahawa Farhana adalah adiknya.
Pertemuan Fuad dengan ibu dan adiknya telah memberi kebahagiaan kepadanya.
Akhir sekali, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.
WATAK DAN
PERWATAKAN
Watak Utama
Joshua/ Abdul
Halim/Fuad
- Dilahirkan sebagai seorang Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan
kembali semula kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya.
- Nama sebenarnya Abdul Halim Bin Roslan
- Dia juga dikenali dengan nama Joshua ketika
tinggal bersama Peter Lim dan Swee Lan.
- Anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan
- Kemudian dia diberi nama Fuad dan menjadi anak
angkat Pak Ismail dan Mak Salmah.
- Dia merupakan anak kepada En. Roslan (Robert
Lim) dan Pn. Mariana.
- Dia berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan
dari sebuah Universiti ternama di Amerika Syarikat.
- Dia menjadi guru sementara (sandaran) di
Sekolah Menengah Seri Setia dan mengajar subjek Bahasa Inggeris.
- Fuad mempunyai adik tiri bernama Sofia dan
Farhana
- Seorang yang taat kepada perintah agama.
- Contoh:
Fuad tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran.
- Seorang yang bertanggungjawab
- Contoh: Sebagai seorang guru, dia
bertanggungjawab memastikan anak muridnya dapat menguasai Bahasa Inggeris
- Seorang yang gigih
- Contoh: Fuad gigih berusaha mencari ibu
kandungnya.
- Seorang yang suka membantu
- Contoh: Fuad membantu menanggung perbelanjaan
perkahwinan Borhan.
- Dia seorang yang mengambil berat
- Contoh: Fuad mengambil berat tentang diri
Farhana terutamanya apabila Farhana ditimpa masalah berkaitan kesihatan
ibunya.
Watak Sampingan
Farhana
·
Nama penuhnya ialah Farhana
Binti Fakhrudin.
·
Dia merupakan anak sulung
dan mempunyai empat orang adik iaitu Muhammad Fikri, Muhammad Fadli, Muhammad
Syukri dan Muhammad Faisal.
·
Dia bertugas sebagai guru
Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.
·
Dia juga memegang jawatan
sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
·
Dia berkelulusan Pendidikan
dari Universiti di United Kingdom.
·
Dia seorang yang
bertanggungjawab
·Contoh: Farhana
sering pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah.
·
Dia seorang yang penyayang
·Contoh: Farhana
amat menyayangi ibu dan adik-adiknya.
·
Seorang yang tegas
·Contoh: Farhana
sering menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk kelas.
·
·
Robert Lim
·
Nama Islamnya ialah Roslan.
·
Berkahwin dengan Mariana
(ibu Fuad).
·
Kemudian mendirikan rumah
tangga dengan Susan.
·
Merupakan seorang ahli
perniagaan.
·
·
Pak Ismail
- Merupakan suami kepada Mak Salmah
- Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang
sebenarnya.
- Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak
Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering solat berjemaah di
surau.
- Dia juga seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia
sering mengajar Fuad membaca al-Quran.
- Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia
menjaga isterinya ketika isterinya sakit.
Mak Salmah
- Merupakan isteri kepada Pak Ismail
- Mengambil Sofia sebagai anak angkat
- Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah
menjaga Fuad dan Sofia seperti anaknya sendiri.
Mariana
- Merupakan isteri pertama kepada Roslan (Robert
Lim)
- Ibu kepada Abdul Halim (Fuad) dan Farhana.
- Kemudian Mariana berkahwin dengan ayah Farhana
iaitu Fakhrudin.
- Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas
melahirkan Abdul Halim.
·
Mempunyai penyakit lelah.
·
Pergi menunaikan umrah
bersama Fuad
·
Bersifat penyayang. Buktinya
walaupun sekian lama terpisah dengan Abdul Halim namun Mariana tetap mengingati
dan menyayangi anaknya itu.
·
Seorang yang mengambil
berat. Buktinya dia meminta Farhana menjaga adik-adiknya ketika dia pergi
menunaikan umrah.
·
·
LATAR
Latar Masa
- Waktu petang apabila Fuad pulang dari
hutan mencari kayu api.
- Waktu malam semasa jemaah surau
menunaikan solat isyak.
- Waktu pagi semasa Fuad memandu ke
sekolah.
- Hari cuti persekolahan. Fuad mengambil
kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.
- Waktu senja semasa Fuad menikmati
keindahan pantai Batu Buruk.
Latar Tempat
- Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah iaitu di
Danau Seberang, Terengganu. Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut
sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
- Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu.
Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan mendapatkan rawatan di
klinik tersebut.
- Pantai Batu Buruk yang dijadikan tempat
untuk Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati keindahan alam
pada waktu petang.
- Sekolah Menengah Seri Setia tempat Fuad
menjadi guru sandaran. Di sekolah ini, Fuad berkenalan rapat dengan
Farhana.
- Sungai Ruan yang merupakan tempat
tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga. Fuad juga pernah tinggal
bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Fuad membawa ibunya,Pak Ismail dan Mak Salmah untuk menaiki
pesawat ke Makkah bagi menunaikan umrah.
Latar Masyarakat
·
Masyarakat yang mengamalkan
cara hidup Islam. Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau
berdekatan rumah mereka.
·
·
Masyarakat yang terdiri
daripada orang melayu. Misalnya nama panggilan penduduk di Danau Seberang seperti Fuad, Pak Ismail, Mak Salmah, Awang
Sojar dan Borhan membuktikan mereka orang Melayu.
·
·
Masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai bangsa. Farhana berbangsa Melayu manakala Chin pula berbangsa
Cina.
·
·
Masyarakat yang mempunyai
pelbagai kerjaya. Farhana bekerja sebagai guru manakala Peter Lim pula bekerja
sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Sementara itu Robert Lim pula
menceburi bidang perniagaan.
·
·
Masyarakat yang terdiri
daripada warga pendidik. Fuad sendiri bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah
Menengah Seri Setia. Di sekolah tersebut, Fuad berkenalan rapat dengan Farhana
di samping guru-guru lain seperti Cikgu Zamani, Cikgu Rosli, Cikgu Armin dan
Cikgu Azli.
·
TEKNIK
PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh : Suasana ruang legar
balai berlepas di aras lima Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
hangar binger dengan suara orang ramai yang menghantar sanak saudara atau
handai taulan mengerjakan umrah di Makkah. Kanak-kanak berlari ke sana ke mari.
Kadang kala terlanggar beg-beg yang telah siap diikat untuk disorong ke ruang
bagasi.
ii. Dialog
Contoh: - “
Betul, Pak Mail.”
- “Oh…..cikgu!”
- “ Kau dah makan, Fuad?”
“Dah,” balasnya.
“ Sembahyang?”
“Kalau gitu, mari duduk sini kejap.”
iii. Imbas Kembali
Contoh:
Mak Salmah sering teringatkan Sofia yang telah
meninggal dunia.
Fuad masih teringat suatu masa dulu Mak Salmah
pernah membencinya kerana kehilangan Sofia.
Peter Lim dan Swee Lan menceritakan kembali tentang
Fuad dilarikan orang semasa kecil.
Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali
tentang ibu Fuad semasa hayatnya.
iv. Imbas Muka
Contoh: Fuad berangan Sofia masih hidup dan dia
menghantar adiknya ke universiti untuk meneruskan pengajian.
v. Suspens
Contoh: Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana itu
ialah ibunya juga.
vi. Monolog dalaman
Monolog dalaman digunakan untuk menggambarkan
perasaan watak melalui pengucapan. Dalam novel ini, Fuad mengucapkan terima
kasih kepada bapanya.
Contoh : “Terima kasihlah apak” bisik hati kecilnya
sambil menarik selimut.
GAYA BAHASA
i. Penggunaan
bahasa asing
Contoh: Bahasa
Inggeris - optionist, grammar, problem, uncle
Bahasa Arab – Allah, alhamdulillah,
al-Quran, assalamualaikum
ii. Sinkope
Contoh: tu, tak,
kau
iii. Simile
Contoh:-
ibarat menongkah arus
seperti ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya.
Seperti menghalang kemesraan.
Ibarat layang-layang terputus tali, di mana
tersadai, di situlah dia menumpang kasih.
Seperti lupa diri
Ibarat sehelai kain putih yang masih dapat
dicorakkan atau seorang bayi yang masih boleh dibentuk.
iv. Hiperbola
Contoh: - Hatinya masih mahu berpelangi
Hanyut dalam ilusi
Berapi-api kemarahannya diletuskan
v. Inversi
Contoh: - Amat tersentuh perasaannya mendengar
ungkapan sebegitu.
vi. Kata ganda
Contoh: cepat-cepat,
kawan-kawan
vii.
Metafora
Contoh: - Lurah
sepi
Benteng resahnya
viii. Personifikasi
Contoh: - Bayu basah Disember itu menampar pipinya
Melemparkan sejuring senyuman
Kehangatan sudah mula menggigit
ix. Peribahasa
Contoh: Terang hati, lurus bendul, berat tulang,
khabar angina, ibarat nila setitik rosak susu sebelanga.
NILAI
i. Nilai
kerajinan
Buktinya Fuad merupakan seorang guru
yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai
guru.
ii. Nilai ketabahan
Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang
pencarian ibu kandungnya.
iii. Nilai ketegasan
Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu
Zamani kerana tidak masuk kelas.
iv. Nilai
kasih sayang
Buktinya Mariana sering mengingati
dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah.
v. Nilai
bertanggungjawab
Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga
minum suaminya dan Fuad.
vi. Nilai
keikhlasan
Buktinya Fuad membantu membawa anak
Borhan ke klinik walaupun sudah lewat malam.
vii. Nilai
bekerjasama
Buktinya Farhana dan Fuad
sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak .
didik mereka dalam bahasa Inggeris.
viii.
Nilai
rasional
viii.Buktinya Fuad masih lagi dapat berfiki secara rasional setelah mendapat
tahu bahawa wanita yang dicintainya ialah adik kandungnya sendiri.
viii.
viii.
PENGAJARAN
i.
Kita perlulah menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti kepada masyarakat.
i.
ii.
Kita haruslah tabah
menghadapi ranjau kehidupan demi kesenangan pada masa hadapan.
iii. Kita mestilah reda dengan ketentuan
Ilahi agar hidup kita lebih diberkati.
iv. Kita
hendaklah saling membantu dalam hidup bermasyarakat agar sesuatu kerja menjadi
mudah.
v. Kita
mestilah saling menyayangi antara satu sama lain demi mewujudkan keharmonian
dalam keluarga.
vi. Kita
mestilah mengerjakan suruhan Allah demi kesejahteraan hidup di dunia dan
akhirat.
vii. Kita
hendaklah mengamalkan semangat kerjasama agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan