NOVEL DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG
NOOR – TEKS T4.
TERIMA KASIH CIKGU LATIFAH
SINOPSIS
NOVEL DI SEBALIK DINARA
Bab
1
Farisha
berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang
sedang berbicara dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya
kedengaran agak tinggi beberapa kali. Suara wanita itu sedikit sebanyak
menimbulkan kejengkelannya.
Di
dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta
untuk duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak
matanya terlalu berat. Lelaki itu kelihatan segak dan mengenakan seutas jam
tangan yang kelihatan begitu aneh. Lelaki itu perasan Farisha sedang
memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam tangan itu sebenarnya pusat kawalan
elektroniknya.
Farisha
sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintarnya
namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya
sudah agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi
teman serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja
ditukar oleh abang Farisha , Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’
dan menyambungkan interkom rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh
kecil.
Bab
2
Farisha
mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel
Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya
kereta Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat
simposium itu, Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot
penyambut tetamu membawa Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium
sudah bersedia mendengar ucaptama.
Farisha
bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya.
Farisha agak terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab
untuk Farisha dan Rosman. Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan
menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia perlu bertanya abangnya, Azraai
dahulu.
Sebenarnya
Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada Farisha untuk menulis
alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos ruang minda
Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa kepalanya
berdenyut-denyut.
Bab
3
Farisha
menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas
selesai sesi bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel tersebut 10 minit
kemudian dan menetapkan masa dan tarikh untuk pertemuan seterusnya. Farisha
membaca e-mel tersebut berulang kali kerana tidak percaya akan bekerjasama
dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.
Esoknya
Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang ditawarkan.
Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ. Farisha
diberikan projek bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan dalam masa empat
minggu. Farisha dikehendaki untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab. Farisha berasa agak musykil dengan tawaran tersebut dan meminta masa
untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.
Farisha
turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl.
Karl terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang
dilengkapkan dengan peralatan seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu
Karl telah 3 tahun menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun sakit, Karl
masih aktif dengan projek penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu
sistem yang akan digodam oleh Farisha.
Bab
4
Farisha
berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek mini di Soft Lab.
Abangnya memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya
Farisha ke Soft lab bersama teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu
janji di tempat yang sama.
Farisha
disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di Soft Lab.
Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di luar
jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan dengan sesi penerangan tentang projek
yang akan dijalankan oleh Farisha. Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya
untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum tengah hari,
Shida berjumpa Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana
dan biografi Dinara dengan bayaran RM40 ribu.
Pada
masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan berbincang di
bilik perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan tentang Shida dan Aqram
memberi laporan tentang Farisha. Dr Maxi terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi
menyatakan Shida perlu berada bersama-sama Farisha dan mungkin akan menjadi
‘back up’ jika sesuatu terjadi kepada Farisha.
Bab
5
Hari
pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha
ke pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha
terlopong mendengar pembentangan Alia yang sangat lancar, tenang dan fasih
tentang IT. Farisha berasa kagum dan hairan kerana dia tidak nampak Alia
mengerdipkan mata sejak tadi.
Sewaktu
makan tengah hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang
pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada menimbulkan cerita tentang Alia
yang dirasakannya agak pelik terutamanya kulit muka dan bulu keningnya. Mungkin
Alia ada membuat pembedahan plastik. Farisha menegur mulut celupar Shida.
Selepas
makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan dengan Aqram. Sepatutnya
Aqram menerangkan 25 slaid kepada Farisha, tetapi hanya satu sahaja yang sempat
diterangkan. Farisha menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan
kelemahan Dinara.
Bab
6
Farisha
terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia
menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak,
burung hering dan harimau bintang. Bulu romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa
pening. Alia menawarkan diri untuk mengurut kepalanya. Farisha bersandar di
kerusi dan Alia mengurut kepala dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai
Farisha dan akhirnya dia terlelap.
Ketika
itu dua jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan
kanan tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang
lain Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar
yang memancarkan imej Farisha dan Alia. Farisha sedang berkomunikasi
secara bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika itu Alia mendengus dan
terjerit pekik tidak puas hati. Dr Maxi cuba mententeramkan Alia tetapi tidak
berjaya. Akhirnya Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta
merta Alia berdiri tegak dan kaku.
Bab
7
Rosman,
Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka
bertiga membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan
Soft Lab. Shida sangat diperlukan kerana dia mempunyai asas
undang-undang. Perbincangan terpaksa ditamatkan kerana Farisha sakit kepala.
Esok
malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput untuk makan malam.
Farisha menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus. Selepas makan malam,
Azraai memberitahu ada dua berita penting yang ingin disampaikan kepada
adiknya. Farisha marah dan akhirnya menangis apabila mengetahui abangnya
merahsiakan sakit yang dialaminya iaitu sakit jantung.
Berita
kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia mendapat tahu yang dia
hanyalah anak angkat. Abang Azraai memberikan satu fail plastik mengandungi
dokumen penting tentang latar belakang Farisha. Sepanjang malam Farisha
menangis dan tidak dapat melelapkan mata.
Bab
8
Farisha
pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa
Farisha ke hospital. Aqram dan Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya
jika Farisha sakit. Shida terkejut dan menyatakan Farisha tiada sebarang sakit.
Pesanan
ringkas dari Dr Maxi. Doktor yang merawat Farisha meminta dia rehat di
hospital beberapa hari. Aqram menyimpan telefon bimbil di dalam saku. Aqram dan
Khairul Anwar duduk diam dan berpandangan sesama sendiri sambil menanti
kepulangan Dr Maxi.
Pukul
4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa
tentang penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika Farisha mengandung.
Shida tergelak kerana Farisha belum berkahwin dan tiada teman lelaki. Tiba-tiba
Shida teringat projek mini Farisha yang mungkin terlepas ke tangan orang
lain.
Bab
9
Dr
Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin
Farisha keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka mula
memikirkan Plan B. Shida akan menggantikan tempat Farisha. Tidak mudah untuk Dr
Maxi membuat keputusan kerana Shida tidak sebagus Farisha.
Ada
banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat Farisha. Masalah
utama ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi dengan
Shida. Karl telah menulis amanah, jika berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha
sahaja yang boleh menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang tertanam di tubuh
Farisha telah direka khas oleh Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada
wanita itu. Karl menggunakan kaedah itu sebagai satu kaedah telepati supaya dia
boleh berhubung dengan Farisha.
Di
rumah, Shida mula menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang
ubat-ubatan yang dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida
tergerak untuk masuk ke bilik Farisha dan mencari jika Farisha ada
menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba Shida terpandang almari baju.
Gerak hatinya kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah menerpa. Dia tidak
sepatutnya menceroboh bilik Farisha tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak fail
plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat. Isi fail itu sangat
mengejutkan Shida.
Bab
10
Pagi
itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia
semakin leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk
mengkaji tentang nama ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan
daripada kebanyakan laporan kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi
pembantu penyelidik kepada Karl. Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl.
Shida mengeluh.
Shida
tidak perasan Alia datang ke belakangnya kerana asyik membaca. Alia memberitahu
Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik Makmal B. Shida terkejut tetapi tidak
bertanya soalan lagi. Apabila sampai di makmal, Aqram dan Dr Maxi sudah
menunggu. Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-dua belah
tangannya ke muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi.
Shida
tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah jam 2
petang. Aqram menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula pukul
2.30 petang di pejabat Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada
memanggilnya tadi ataupun dia bermimpi.
Petang
itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah
menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida menggantikan tempat
Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang
teknikal. Dr Maxi menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida
akan dibawa ke alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang
mereka saksikan adalah agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan
seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri. Suis dimatikan dan sesi ditamatkan
apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.
Bab
11
Azraai
melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu
kandungnya bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa
kandungnya. Farisha bersyukur kerana dia diserahkan dan membesar dalam keluarga
Islam.
Perbualan
dua beradik terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam
tidurnya. Azraai terkejut lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu
dibawa keluar segera. Farisha ingin bertanya lanjut tetapi dia tahu abangnya
tidak suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai membawa adiknya jauh dari Kuala
Lumpur. Mungkin ke Kulai.
Dalam
perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab dia tidak membenarkan Farisha
bertemu dengan ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan orang yang sangat taksub
dengan sains dan sanggup mengorbankan anak sendiri demi sains.
Pada
masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan
berguling-guling di lantai. Nafasnya kencang dan matanya terbelalak beberapa
ketika. Karl telah menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku antara Karl dengan
Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan tempat Farisha.
Farisha perlu dibawa segera ke Soft Lab.
Sementara
itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya mencara
ubat di dalam begnya. Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh dua
lelaki berkaca mata hitam. Azraai terpaksa membuka cermin tingkap apabila
mereka mengacukan muncung pistol ke muka Azraai. Dua lelaki itu membawa lari
Farisha.
Bab
12
Azraai
mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk
membantunya. Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada
Rosman yang kebingungan. Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban.
Dua
lelaki yang menculik Farisha ialah Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan
orang suruhan Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam kereta, Farisha masih
pengsan. Marilyn cuba berhubung dengan anaknya secara bawah sedar. Perbualan
itu dirakamkan. Dalam perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu
berjumpa dengan ibunya.
Sementara
itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun ingatannya terganggu
dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan ingatannya
selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida. Alia
dahulunya ialah isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana
tidak mahu mengikut Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat.
Walau bagaimanapun, Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan
nyawa baharu, wajah baharu dan personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.
Bab
13
Dr
Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram
meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara
Shida dan Karl. Alia menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam
tubuh Shida ) minta agar ikatan tangannya dibuka kerana dia telah mendapat
ilham untuk menghapuskan virus yang menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantas
menari-nari menaipkan beberapa baris program di terminal kawalan Dinara. Belum
selesai tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri di
muka pintu. Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut.
Shida
menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan terpaksa berdepan dengan Medina.
Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut dengan suara Shida yang
berubah. Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu memanggil
ibunya ‘ Medina’. Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun lalu. Karl ialah
bapa kandung Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam implan
beberapa kali di dalam tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah
diberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki
Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran asal usul dirinya.
Dalam
keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang
mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan
Karl. Medina membentak agar diberikan peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak
tahu Karl sedang nazak.
Semua
orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin genting, Farisha
minta penjelasan daripada Aqram.
Bab
14
Farisha
berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah
kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti
otaknya semakin menurun. Setiap orang diberikan peluang untuk bertemu
secara berseorangan dengan Karl. Tepat jam 7 malam, Karl menghembuskan
nafasnya. Alia meraung, Medina hanya teresak-esak. Farisha hanya terkedu.
Wasiat
terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Selepas Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-puluh orang
pekerja Soft Lab. Farisha berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh,
walaupun bersaing dan salin mencabar tetapi Medina masih sayang akan Karl.
Dalam
perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha.
Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan sikap Shida. Dia mula
berfalsafah seperti Karl. Aqram berasa sesuatu yang tidak kena kerana
tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau. Aqram merenung tepat ke mata Shida
dan mendapati Karl berada di dalam tubuh Shida. Farisha berlari ketakutan dan
mendapatkan Medina.
Tema
Persaingan
dalam dunia sains.
Novel
ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn
sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih
hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun
dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk
menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara.
Persoalan
1.
Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
· Kelengkapan
serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft
Lab, Cyberjaya.
· Rumah
Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal
scanner’dan interkom.
2.
Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi
sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
· Karl
terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga
melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan
menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
· Karl
menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk
menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
3.
Kasih sayang sesama ahli keluarga
· Azraai
sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan
adiknya dalam keadaan yang terbaik.
· Azraai
telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya
Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah
Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.
4.
Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
· Karl
tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak
isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.
· Rusmina
telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan
hidup sebagai ateis.
5.
Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
· Marilyn@Medina
sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji
kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan
anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat.
Watak
dan perwatakan
Farisha
watak
utama dalam novel Di Sebalik Dinara
·
berusia
dalam lingkungan umur 26 tahun
·
seorang
gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT
·
Seorang
adik yang penyayang
·
Anak
kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl
·
Berhati-hati
dalam membuat keputusan
·
Seorang
yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori dan
warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai
peraturan yang diciptanya sendiri.
Shida
·
Kawan
serumah dengan Farisha
·
Rajin
membaca
·
Berkelulusan
dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
·
Ditawarkan
untuk menulis rencana dan biografi Dinara
·
Menjadi
pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Azraai
·
Abang
angkat Farisha
·
Sangat
mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha
·
Menjadi
tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan
·
Merahsiakan
penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
·
Menghidapi
penyakit jantung
Rosman
·
Rakan
kongsi Farisha
·
Bersikap
materialistik dan mementingkan wang
·
Mengambil
berat masalah Farisha
Aqram
·
Lelaki
yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya
dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
·
Seorang
yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.
·
Pekerja
di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl
bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.
Alia
·
Seorang
pekerja senior di Soft Lab
·
Perawakan
wajah yang cantik
·
Cyborg
pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina.
Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl
·
Sangat
menyayangi Karl.
·
Kurang
sabar dan cemburu.
Karl
·
Seorang
saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi
·
Saling
bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
·
Bermusuh
dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains
·
Bapa
kandung Farisha
·
Menghidapi
kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di Puchong.
Medina@Marilyn
·
Wanita
keturunan Portugal
·
Cantik,
putih dan berambut keriting
·
Bijak
dan hebat dalam bidang sains
·
Banyak
membantu dalam kerja-kerja penyelidikan Karl
·
Berdendam
dengan Karl kerana persaingan dunia sains
Nilai
1.
Kesyukuran
Farisha
bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia
tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2.
Kasih sayang
Hubungan
kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan
Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup
memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3.
Kebijaksanaan
Farisha
seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat
menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada
implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis
ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh
bapanya, Karl.
4.
Kegigihan
Marilyn@Medina
gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila.
Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang
pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan
diserahkan kepada keluarga angkat.
5.
Kepatuhan kepada ketua
Aqram
dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl
walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi
mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6.
Bekerjasama
Rosman
dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu
Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang
ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram,
Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan
Dinara.
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun
Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan
adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia
juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu
menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.
2.
Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl
dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir
mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan
pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl
turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan
2 orang manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3.
Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha
tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini
bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih
berpengalaman iaitu Azraai.
4.
Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita
yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap
di telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5.
Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr
Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari
Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan
Dinara.
LATAR
Latar
Masa
1.
Malam
Farisha
sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan
teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada
waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada
waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu
berita penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada
keluarga Azraai.
Pada
waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya
Secured Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit
kepala.
Karl
meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam
projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis
teresak-esak.
2.
Pagi / Siang
Farisha
gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka
berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam
menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Pada
waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu
Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk
mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa
Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi.
Shida bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat
penerangan daripada Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan
nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.
3.
Petang
Pukul
4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang
tiba-tiba pengsan di tempat kerja.
Pada
waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk
mencari jika ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida
terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat
bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.
Pada
waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha
mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri
melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah,
tidak boleh banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan
datang pada hari esok.
Pada
waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang
peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang
diterima.
Latar
tempat
Bilik
kerja Farisha di Soft Lab
Farisha
ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft
Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang
tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga
digunakan sebagai ‘touch screen’.
Di
bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis
yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang
dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia
dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Lapangan
Terbang Senai
Farisha
menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap
manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga
mengganggu orang lain.
Monorel
– Stesen kereta api ke Puchong
Dalam
perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui
seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu
menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita
itu.
Rumah
agam Karl di Puchong
Di
sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi
membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang
tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini
yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha
dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan
Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di
rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah
Azraai
Farisha
mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima
khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia
penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.
1. Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha
mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit lagi. Farisha
berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai.
2. Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki
perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.
3. Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada
pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di
Cyberjaya.
4. Rumah Karl - “Kita akan berbincang di rumah
Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….
5. Puchong –“Kita boleh naik monorel dan
kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.
6. Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu
berulang-alik ke Nusa Jaya…
7. Hospital – Mereka berdua berjalan
perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…
8. Port Dickson – Selepas subuh pada hari
Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk
upacara itu.
9. Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat
Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-lahan…
10. Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-kenderaan yang
bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa
memperlahankan sedikit kereta
Latar
masyarakat
1.
Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai
dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau
akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan
memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
2.
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Wanita
di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak
pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa
jengkel.
3.
Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina
dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia
penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih
hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4.
Masyarakat yang celik ICT
Farisha,
Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat
dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam
computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di
rumahnya dan apartmen Farisha.
5.
Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji
Dr
Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha
sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan
amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk
menyelamatkan Dinara.
6.
Masyarakat yang bijak
Farisha
ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan
ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan
Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak
kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk
menyelamatkan Dinara.
Plot
Binaan
Plot
1.
Permulaan – Farisha berada di lapangan
terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat
mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya
dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang
pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri
symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang
bernilai tinggi di Soft Lab.
2.
Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha
memulakan tugasan di Soft Lab dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan
Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang
akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di
Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara.
Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik
bernama Medina.
3.
Konflik – Farisha berasa sangat terkejut
dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak angkat. Farisha menangis
sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga berlaku di
pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke
hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat
diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk
menggantikan tempatnya dengan Shida.
4.
Klimaks – Situasi semakin tegang apabila
Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar
dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan
dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia
meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah
dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara.
Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl.
Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di
pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.
5.
Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong.
Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan
Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis
teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut.
Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya
ditabur di Selat Melaka.
Teknik
Plot
1.
Imbas kembali
Azraai
mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha
sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang
lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang
dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada
keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2.
Dialog
Contohnya
perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan
antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul
Anwar.
3.
Saspens
Unsur
saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan
Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua
yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi
ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang.
Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida
diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak.
Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca
tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4.
Pemerian
Karl
( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan.
Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl.
Karl membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan
menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.
Gaya
Bahasa
Sinkope
Contohnya
apabila kau dah sihat nanti.
Kamu ni kuli
batak perempuan gila tu, kan?
Kata
pinjaman -Bahasa
Inggeris
Contohnya
knowledge base , server, cyborg, lunch hour.
Istilah
teknologi maklumat
Contohnya
teknologi hypervisor, retinal scanner, mikrocip, implan, peranti.
Kata
ganda
Contohnya : susup-sasap ,
kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua
Bersama-sama
menggaru-garu
Metafora
Contohnya :dada turun
naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak
Hiperbola
Contohnya : angkat-angkat
kening.
Simile
:
Contohnya : Seperti tidak mahu
dilepaskan.
Contohnya : Bagaikan memberi
amaran
Personifikasi
Contohnya ; Dia menganggap ini
rezeki yang datang bergolek.
Contohnya ; …hanya bumi dari
radio teksi yang menyulam keheningan.
Makasi 😀 ianya sangat ringkas n memudahkan pembacaan.
BalasPadamYa saya sdh tulis di buku pun
PadamYookooo
Padampakyu
PadamMakasi 😀 ianya sangat ringkas n memudahkan pembacaan.
BalasPadamtq dgn semua mklumatnya
BalasPadamApakah yang terjadi kepada Eren
PadamEren menjadi titan paling hensemm ahahahah
Padamtq dgn semua mklumatnya
BalasPadamThanks for all the information
BalasPadamThanks for all the ingimainfor
BalasPadamTerima ksih mklumat yg diberikan
BalasPadammemank bestt lerr note awakk❤tyouu memudahkan kerja
BalasPadammemank bestt lerr note awakk❤tyouu memudahkan kerja
BalasPadambolela ok jg ba
BalasPadam#batch03
BalasPadam#spm2021
#form5promax
Apakah Yang berlaku kepada fsrisha
BalasPadamApakah sumbangan karl terhadap soft lab
BalasPadamApa sebenarnya sumbangan karl terhadap Soft Lab?
BalasPadamADUH ESOK DAH SPM HAHHA
BalasPadamLama lgi tu
Padampaper2 guyss lepasnie😭🤲🏻❤️
BalasPadamUjian gaisss
BalasPadamPeristiwa ? Tak de ke
BalasPadamTerbaik la cikgu,
BalasPadamHaha
BalasPadam